Chatroll ~ Gerbang Temu Maya

Wednesday, April 29, 2009

Terkini - MB Pahang Bertemu Rakyat di Jerantut.


MB Pahang yang mesra Rakyat


Jerantut,
29.4.2009

Petang tadi telah belangsung satu majlis perjumpaan rakyat dengan MB Pahang. Perjumpaan bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 5.30 ptg. Dianggarkan seramai lebih 500 orang hadir pada majlis ini untuk menyuarakan masalah dan ketidakpuashatian mereka terhadap agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Segala luahan hati mereka telah didengari dengan teliti oleh MB Pahang YAB Dato' Seri Adnan Yaakob dan pihak jabatan atau agensi terbabit diminta untuk terus mengambil tindakan atau memberikan jawapan terus kepada setiap individu terbabit.

Kerajaan negeri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan keperihatinannya dan sikap tanggungjawab dan kepekaan terhadap segala masalah rakyat. Dari maklumat yang diterima, ramai pihak yang merasakan berpuashati dengan perjumpaan tersebut dan berharap sentiasa ada hubungan yang akrab antara kerajaan dan rakyat.


No comments:

Post a Comment