Chatroll ~ Gerbang Temu Maya

Wednesday, February 8, 2017

Salam Petang

Thursday, April 30, 2009

Pertemuan Blogger Pahang

Gambar Hiasan

Jerantut 30.4.2009


Menurut sumber yang boleh dipercayai ,YB Dato' Sharkar Hj. Shamsuddin
Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan para blogger negeri Pahang. Bagaimanapun tarikh, masa dan lokasi pertemuan masih belum ditetapkan lagi.

Beliau katanya, berharap akan dapat mengumpul seberapa ramai blogger Pahang yang aktif tanpa mengira apa kecenderungan politik mereka dan apa bidang / kategori tulisan mereka. 'Pertemuan ini bukan sahaja dengan penulis blog politik semata-mata. Kita harus berlaku adil kepada semua blogger' - katanya apabila ditanya lebih lanjut.

'Kita harap para blogger akan menerima baik pelawaan pertemuan ini kelak' - tambahnya lagi.


Pengerusi Jawatankuasa Penperangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Wednesday, April 29, 2009

Terkini - MB Pahang Bertemu Rakyat di Jerantut.


MB Pahang yang mesra Rakyat


Jerantut,
29.4.2009

Petang tadi telah belangsung satu majlis perjumpaan rakyat dengan MB Pahang. Perjumpaan bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 5.30 ptg. Dianggarkan seramai lebih 500 orang hadir pada majlis ini untuk menyuarakan masalah dan ketidakpuashatian mereka terhadap agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Segala luahan hati mereka telah didengari dengan teliti oleh MB Pahang YAB Dato' Seri Adnan Yaakob dan pihak jabatan atau agensi terbabit diminta untuk terus mengambil tindakan atau memberikan jawapan terus kepada setiap individu terbabit.

Kerajaan negeri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan keperihatinannya dan sikap tanggungjawab dan kepekaan terhadap segala masalah rakyat. Dari maklumat yang diterima, ramai pihak yang merasakan berpuashati dengan perjumpaan tersebut dan berharap sentiasa ada hubungan yang akrab antara kerajaan dan rakyat.


MB Bertemu Orang Ramai

YAB Menteri Besar Pahang
Dato' Seri Adnan Yaakob


Jerantut, 29.4.2009

Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Pahang diadakan di Bangunan MDJ pada pagi ini. Pada jam 2.30 ptg nanti suatu sessi pemimpin / MB Pahang bertemu orang ramai akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Ini adalah satu usaha murni pemimpin bagi mengetahui masalah rakyat dan menyelesaikan segala masalah tertunggak. Keperhatinan pemimpin sebegini sangat dihargai dan akan sentiasa direstui dan disokong oleh rakyat.